Assalamualaikum dan selamat Petang 🙂
Petang ini, Dato' Hajah Rashidah diiringi oleh beberapa orang pegawai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sudi meluangkan masa untuk melihat tapak pameran. Beliau yang turut diiringi oleh pengetua SM Sains Kubang Pasu dan PK Kokurikulum sempat melihat dan bersembang dengan peserta pameran daripada beberapa buah sekolah berasrama penuh yang mengambil bahagian. Beliau juga turut memberi idea dan cadangan serta kata-kata semangat untuk memajukan bahan inovasi dan menaiktaraf sistem yang sedia ada kepada para peserta.