Assalamualaikum dan selamat petang 🙂
Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk meneruskan sesi perdebatan pada hari kedua. Kesemua sesi berjalan dengan lancar.
Ketika semua orang sedang bersiap sedia untuk menyambung perbahasan sesi kedua untuk hari kedua, satu keadaan tidak dijangka telah berlaku. Hujan yang disertai dengan angin kuat telah merosakkan beberapa buah khemah yang dipasang. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Pertandingan tetap diteruskan seperti biasa.