Daily Archives: 27/05/2016

C U in BASIS

Pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dan warga SM Sains Kubang Pasu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun  tidak dalam menjayakan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh kali ke 43 2016. Tidak lupa juga kepada pengelola bersama SM Tuanku Syed Putra, SBPI Kubang Pasu, SM Sains Pokok Sena, SM Sultan Mohamad Jiwa dan SM Sultan Abdul Halim. Kepada semua kontinjen, kami memohon maaf sekiranya terdapat kekhilafan berlaku sepanjang kami mengendalikan HKSBP kali ke 43 ini.  

Selamat tinggal.

Jumpa di SM Sains Banting

IMG_1772IMG_1778IMG_1787IMG_1788IMG_1789

Kegemilangan Majlis Anugerah Cemerlang SBP Ke-43 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada malam 27 Mei 2016, telah berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan SBP 2016 yang diadakan di Dewan Bitara, SMSKP. Majlis ini diserikan lagi  dengan kehadiran YB Dato Azmi Che Husain Timbalan speaker Negeri Kedah. Majlis tersebut juga dihadiri oleh pengetua-pengetua SBP seluruh  Malaysia dan beberapa pengetua daripada sekolah-sekolah daerah Kubang Pasu.

Acara penyampaian hadiah disempurakan oleh YB YB Dato Azmi Che Husain Timbalan speaker Negeri Kedah .Untuk makluman para pembaca, pihak Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Kecemerlangan telah mewujudkan dua lagi anugerah iaitu Anugerah Perdana Puteri dan Anugerah Perdana Putera. Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang terbaik di antara yang terbilang dalam pencapaian akademik, kokurikulum mahupun sahsiah sepanjang berada di SBP. Sebelum acara penyampaian anugerah berlangsung, pengumuman pasukan bahas bahasa Melayu & bahasa Inggeris diadakan.

Majlis Anugerah Kecemerlangan diserikan dengan persembahan dari Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Sekolah Menengah Sains Banting dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Para tetamu disajikan dengan menu istimewa iaitu pulut durian. Majlis ini berlangsung dengan penuh gilang gemilang.

 

Tahniah! TKC vs BASIS & MCKK vs ASIS.

PENGUMUMAN BAHAS

Tahniah kepada pasukan bahas bahasa Melayu dari Kolej Tunku Kurshiah dan SM Sains Banting serta pasukan bahas bahasa Inggeris dari Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Menengah Sains Alam Shah kerana berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 2016. Segala keringat dan usaha yang dilakukan telah membuahkan hasil. Semoga semua pasukan ini akan membuat persediaan dengan lebih rapi bagi merebut gelaran Johan.

Pasukan TKC
Pasukan TKC
Pasukan BASIS
Pasukan BASIS
Pasukan MCKK
Pasukan MCKK
Pasukan ASIS
Pasukan ASIS